Friday, July 26, 2013
Penyokong kerajaan VS Sa-orang Punk Rockers
Baru sebentar tadi aku menyaksikan perdebatan, actually bukan lah perdebatan tetapi sesi dialog antara sorang mahasiswa penyokong tegar kerajaan dan seorang budak punk..cerita di macam ni.
aku lepak sorang-sorang dekat kedai mamak lepas je balik terawih, than aku nampak sorang budak ni yang and aku rasa dia kenal aku and aku kenal dia..kami pernah pergi satu kursus yang sama sebelum ni. Aku tegur dia, and ternyata aku tak salah orang...kami berborak panjang sampailah ke hal politik. Actually member aku tu tunggu kawan sekolah dia dulu-dulu ceritanya kawan dia tu lepas sekolah tak sambung belajar sebab result SPM tak cun sangat and jadi kutu jalanan lepas tu, than member dia tu terlibat dengan kehidupan punk rock. cukuplah aku bagitau background budak tu.
lepas 20 minit tunggu, member dia pun sampai, fazli bukan nama sebenar datang dengan keadaan agak kemas berbaju t-shirt hitam berlogokan band Ramone dan seluar skinny biru gelap dan menggalas sebuah beg converse. Mereka bersembang dengan rancak aku hanya mendengar tetapi kawan member aku tu ramah, dia tak segan nak tegur-tegur aku. Sampai satu ketika hal politik keluar dari mulut mereka daripada sejarah UMNO sehingga PRU 13. mereka sedikit berbalah tetapi terkawal kerana punk rockers itu anti gov dengan kata lain anti Barisan Nasional, tetapi dia juga bukan penyokong pakatan rakyat tetapi setuju dengan beberapa pendekatan dibawa oleh pakatan rakyat. Bila mereka bersembang tentang hal politik, mestilah aku tertarik..aku langsung tidak memandang rendah dekat punk rockers itu walaupun dia hanya belajar sampai SPM malah aku dengar hujah dia satu persatu. mereka bercerita panjang..dan aku tak nak lah tulis satu persatu apa yang mereka sembang tapi apayang aku boleh conclude dekat sini dialog itu dikuasai oleh punk rockers tersebut, sebab punk rockers tu bercakap menggunakan fakta sejarah dan logik yang betul dan hujah-hujah yang dia bawak tidak cliche ataupun typical macam hujah gang-gang pakatan, dia bercakap apa yang tidak betul dan apa yang betul dan apa yang sepatutnya diperbetulkan manakala mahasiswa pro-kerajaan tu plak hanya bercakap tentang survival bangsa apabila tidak cukup fakta dan hujah-hujah typical pro kerajaan yang selalu aku dengar. apa yang menarik si punk rockers itu mengelaurkan buku-buku rujukannya tentang politik dan sejarah yang lain, dan kesemua buku itu penulisnya adalah pemikir-pemikir islam dari timur tengah
Sebelum balik aku cakap dengan dia yang dia ni ada style-style Fahmi Reza, tetapi dia tidak bersetuju kerana bagi dia fahmi reza itu terlalu mengikut cara aktivis rakyat di luar negara macam US dan baru-baru ni Turkey, Reclaim Merdeka Park and so on yang diinspirasikan dari apa yang berlaku di negara Turkey dan cara dia lebih keBARATan dan membuatkan orang kata dia itu tiada agama, atheis kononnya. manakala dirinya pula lebih merujuk kepada bahan-bahan daripada pemikir islam dan aku tertarik dengan kata-kata dia "mengapa perlu cara barat sedangkan cara islam itu lebih power". ini sangat cool dan dalam hati aku cakap this is TAQWACORE.
Subscribe to:
Posts (Atom)