Tuesday, April 3, 2012

Puisi Kotor Anak Muda Untuk Orang Tua kotor

Aku tengok Mat meronok-ronyokkan kertas yang baru sahaja dia koyakkan dari buku latihan bahasa melayu adiknya..

"kau nape Mat..dari tadi asyik keronyok kertas je aku tengok"
"ni..aku ada buat satu tulisan berseni-seni lemah gemalai tarian mak yong"
"hah..puisi apa mcm tu?"soal aku and aku yang sedang terkangkang di depan tv pun bangun dari tempat duduk aku and terus pergi dekat Mat

"kau ni aku tengah metafora kot tadi..apa ke bangang sangat, berapa lama ko kenal aku?"
"hehe..mana la aku tau..ko kan cipanzi zimbabwe, mana reti bahasa metafora manusia ni..tiba-tiba ko cakap macam tu memang aku pelik la"

"hahahaha..gampang la kamu, ni ha aku nak masuk pertandingan puisi sarkastik jalanan"
"aku ada baca gak pasal pertandingan ni dekat blog and facebook itu hari..pergh..kau ni biar betul nak masuk"

sambil korek hidung Mat dengan excitednya pergi amek remote tv and dia off tv

"betul la jim..aku nak masuk pertandingan ni, ko ingat aku ni keras sangat ke? ko tengok ni"

Mat pun terus mendepa tangan dia and terus buat gaya tangan ombak sin chan yang tengah menganjing mak dia. Bangang jugak Mat ni tapi kelaka...sampai aku gelak pusing-pusing. lepas Mat tanya aku balik

"and ko tau kenapa aku asyik koyak kertas dari tadi?"
"hah..pasai pe Mat?" soal aku
Mat terus tempelek kepala aku
"sebab ko dari tadi asyik tengok cerita blue, cerita porno, desahan awek kegersangan dan bunyi Taylor Wane keghairahan ni buat aku stim, and bila aku stim aku tak boleh focus"
"hahahaha...sori la Mat mana aku tau ko tengah focus, patot la aku nampak tangan kanan ko ada kat celah kangkang tadi"
"hahaha..babi la ko Jim,ko skodeng aku ke?hahaha, ko ni biar betul,kalau taste kat laki pun pegi la tengok Marcus London ke,Aiden Shaw ke..bukan aku la"
 "haha...mana ada bodoh.dah ko ada depan aku, pastu tak pandai nak cover, konfom la aku nampak setan"

Mat duduk semula kat kerusi

"yela-yela..gurau pun tak boleh da, macam ni la Jim..."
"eh..Mat, orang kalau nak buat puisi kena tempat tenang-tenang bukan dalam rumah
"sapa kata rumah bukan tempat yang tenang, bagi aku rumah aku la tempat paling tenang if nak bandingkan dekat KLCC,BB umat-umat douchebag dengan bimbo-bimbo penuh di jalanan sambil menyembah tuhan wang and tuhan poster diskaun 70% dengan si kapitalis pula bangga dengan kemewahan dunia, kereta besar lancau,diorang punca kesesakan,punca pencemaran alam kat KL ni ..semua diorang punya pasal..fuck..benda tu buat aku lagi sakit hati"

sambil mendengar Mat berkhutbah aku mula terfikir sejak balik dari oversea 3 tahun lepas..pemikiran Mat ni makin jitu dan padu,setiap bait-bait perkataan dia menusuk beb..Mat ni dah banyak sedarkan aku dari mimpi..dia ni ajak sama-sama aku hidup dalam dunia realiti, aku sedar dulu aku ni boneka wireless..Mat yang bagitau aku semua ni.Mat kata manusia yang hidup dalam dunia sistem samam macam boneka wireless tidak ada tali yang mengawal..tapi ada satu kuasa wireless yang kawal pergerakan kita dari jauh. Dia ni ada something special tapi apa yang buat dia macam ni..aku still tak tahu.

"Ko dengar tak aku cakap ni?" bebel Mat
"ye aku dengar..aku tak pekak lagi"
padahal aku otak aku ke lain tadi.

"so, apa yang buat ko nak tulis puisi..siap nak masuk pertandingan bagai ni, tulis dan simpan sudah"
"woi..kalau aku tulis dan simpan..tak de siapa nampak apa yang aku cuba sampaikan, bila orang  tak nampak orang tak sedar, aku tak fikir menang kalah, aku nak orang dengar apa yang aku nak sampaikan"

"pergh...gua respek lu bro..as a kawan gua support lu, mna tau lu jadi macam kak Fynn Jamal nanti..boleh aku jadi manager ko.hehehe"

"wak lu..aku tak fikir pun sampai macam tu sekali, biasa sudeh"
"hmm...by the way ko nak tulis apsal apa?"

Mat terus bagi aku satu fliers...


















Bila dia bagi fliers ni je terus aku senyum because aku tau apa Mat nak buat..
2 hari lepas tu..lagu Chelsea Smile dari Bring Me Horizon telah berkumandang di sebelah telinga aku menyebabkan aku terkejut di pagi hari dan hampit tercirit dalam seluar mamandangkan aku tak sihat hari tu

Mat : bro..poem gua dah siap

Aku : cun..bila boleh gua tengok?

Mat : aku send dekat email ko sekarang, pas2 jom keluar sarapan..mak aku tak de kat rumah la hari ni.

Aku : orait..aku mandi dulu..dah siap aku mesej ko..nak pegi makan kat mana?

Mat : ROti Arab dekat Al-Maksumin restoran

Aku : beres bos


Lepas aku mandi aku cek email aku...Mat dah hantar poem dia..aku dengan keadaan masih bertuala..terus download poem tu and baca..pergh..sangkaan aku meleset..puisi yang dia tulis ni bukan apa seperti aku expect, its totally fucking different.Macam-macam dia campur islamik ada,liberal ada,punk ada well ini lah Mat..manusia yang kadang-kadang susah aku nak menilai, susah aku nak jangka apa yang akan berlaku. Aku siap-siap terus aku cabut dengan moto skuter aku tu pegi kedai Ummu Abiha.

Sempat aku sembang dengan Mat 4,5 benda termasuk la puisi sarlastik dia.

"bila competition Mat..aku lupa la"
"hari Ahad ni, dekat central market"
"orait..kita pergi sekali nanti"

Hari ni hari Ahad, that mean hari ni pertandingan..and gua rasa gua dah lewat,aku tengok handset

"What!! 16 miscall Mat.mampus"

Mat mesti mengamuk kat aku ni..oleh sebab tu aku mandi koboi je..siap-siap pakai baju terus speed pegi central market, kalau ikutkan berapa banyak traffic light aku redah..tapi aku tak peduli..aku takut terlepas part Mat nanti.

sampai je dekat CM aku tengok dah ada yang perform untuk pertandingan tu..aku tengok ada beberapa orang otai poem jalanan jadi judge untuk, aku call Mat tanya dia dekat mana

"wei..ko babi kan..aku call tak angkat..sembang nak pegi sekali la apa lancau la"
"sori la Mat..semalam aku tido lewat..so bangun pun lewat la"
"kau memang la.."
"kau dah perform ke belum"
"dah la aku peserta second tadi...kecewa aku ko tak de.macm ni la"
"weh bro..sori la aku bukan sengaja pun, kau kat mana ni?"
"aku kat depan kedai rice cooker cafe ni, datang ar sini aku nak terajang bontot ko"

aku dengan cuak pergi cari Mat..disebabkan orang tak de la ramai..dengan mudah dan hebat aku berjaya cari Mat..Mat dengan biasa dreesup dia berseluar skinny dan baju bundle dia tertulis The New Hope.even dia anak orang kaya dia still layan bundle tu buat gua respek dia.

"sori la Mat"
"dah la..tak payah nak sorry-sorry, lu kena blanja gua cendol pakcik Mujtaba,aku tak kira"
"ye la..aku belanja la ko kejap lagi"

kitorang asyik melihat pemuisi-pemuisi medendangkan karya seni masing-masing, ada yang karut, ada yang best, ada yang menangis, ada yang hipokrit..macam-macam orang boleh jumpa..audience boleh tahan la ramai..mostly budak-budak gig..ada 4,5 orang  yang aku kenal.ini yang aku respek budak-budak underground diorang akan suopport each of benda-benda underground punya production.tiba -tiba nama Mat kena panggil

"Syed Ahmad Mahdi, sekarang giliran awak"

tiba-tiba nama Mat disebut

"MAt diorang panggil nama ko la, ko kata dah perform dah"
"diam la ko.."

Mat campak beg converse dia dekat aku and terus berlari ke depan judge sambil memegang sehelai kertas, sial la Mat ni dia troll aku..dia tak perform lagi rupanya.

"Assalamualaikum, nama saya Syed Ahmad Mahdi Al-Musawi..sori saya neves sikit becasue this is my fucking damn first time join a competition like this..and feel it.thank you"

aku aku tengok Mat cuba ambil mood and beberapoa saat lepas tu dia pun start

ANAK MUDA KURUS..ORANG TUA BUNCIT
DENGARLAH..DENGAR RINTIHAN ANAK MUDA INI
WAHAI ORANG TUA..APA DIFIKIRAN KAMU
APA YANG ADA DIHATI KAMU
WAHAI ANAK MUDA..APA DIFIKIRAN KAMU
APA YANG  ADA DIHATI KAMU
HOI SI TUA..KAMU KEPARAT..
YA..KAMU KEPARAT..
KAMU FIKIR ANAK MUDA ANGGUK DAN MENERIMA
KAMU FIKIR ANAK MUDA BERTUHANKAN COP SULTAN

*gelak sinis

KAMU SILAP ORANG TUA..
KAMI TAK BODOH LA
KAMI BUKAN ANGGUK DAN MENERIMA
KAMI BUKAN SEPERTI YANG KAMU SANGKA

WAHAI ORANG TUA
KAMU GUNAKAN KAMI
KAMU GUNAKAN AKAL FIKIRAN KAMI
KAMU GUNAKAN FIZIKAL KAMI
UNTUK APA SEMUA ITU??

WAHAI ANAK MUDA..
SEDARLAH ORANG TUA ITU KOTOR
MEREKA MENGGUNAKAN KITA
UNTUK KEPENTINGAN ORANG TUA YANG BERPERUT BUNCIT
 MEREKA MENGGUNAKAN KITA
UNTUK KEPENTINGAN SANG LIBERAL UNTUK BERKUASA
MEREKA MENGGUNAKAN KITA
UNTUK SANG AGAMA HIDUP MEWAH DI SINNGAH SANA DUNIA
MEREKA MENGGUNAKAN KITA
UNTUK SI GILA KUASA TERUS BERKUASA

INGAT ORANG MUDA
KITA BUKAN BAJINGAN
KITA ADA AKAL
KITA ADA SUARA
KITA ADA HAK
GUNAKAN SEMUANYA
JANGAN KAMU MEMBAZIR WAHAI ORANG MUDA

WAHAI SI TUA
KAMI TIDAK SEPERTI SAIDINA HAMZAH
KAMU TIDAK SEPERTI SAIDINA ALI AL-MURTADHAKAMU BUKAN AL-HASSAN
KAMU BUKAN AL-HUSSAIN
KAMU BUKAN KHOMEINI
MEREKA...MEREKA BERJUANG DEMI KEBENARAN
TAPI KAMU SI TUA..KAMU MEMIKIRKAN KUASA
KAMU MEMIKIRKAN HARTA
IYA..KAMU BARUA KAPITALIS SEBENAR
KAMU BARUA PLORETARIAT SEBENAR

WAHAI SI MUDA
SEDARKAH KAMU
SEDARKAH KAMU
MEREKA MAHU KITA BANGKIT
MEREKA MAHU KITA MENENTANG
TETAPI ORANG MUDA
SESUDAH KITA BANGKIT
SESUDAH KITA MENENTANG
SESUDAH KITA MENYEMPURNAKAN MATLAMAT ORANG TUA
APA YANG KITA DAPAT
KITA DAPAT GAS PEMEDIH MATA
KITA DAPAT KASUT BUT FRU
KITA DAPAT CACI MAKI DARI MAKCIK-MAKCIK
KITA DAPAT MERIAM AIR
MARUAH TERGADAI..PERCUMA!!!!

WAHAI ANAK MUDA KETIKA ITU APA ORANG TUA DAPAT
IYA ORANG MUDA....
ORANG TUA MEMILIKI KUASA
ORANG TUA MEMILIKI HARTA NEGARA
ORANG TUA MEMILIKI KESENANGAN
ORANG TUA MEMILIKI PENGARUH BESAR
ORANG TUA MEMILIKI LEMEWAHAN
YANG KAYA SEMAKIN KAYA
YANG MISKIN BERJUANG DIJALANAN
DEMI SESUAP NASI
ORANG TUA SANGAT MUNAFIK

ORANG MUDA..
KITA INI MARHAEIN
SENANG DITINDAS
SEPERTI BORJUIS MENINDAS PEASANT
AKHIR KATA TERPAKSA AKUR
APA ITU SEPATUTNYA YANG KITA DAPAT
BUKAN ORANG MUDA..BUKAN..
KITA MENENTANG
KITA BERJUANG
KITA MENGGADAIKAN NYAWA
KITA MENYERAHKAN FIZIKAL DAN MENTAL
KITA ANAK MUDA  KITA MEMERINTAH
INI SEMUA HASIL KITA
BUKAN SI TUA BOROI YANG MEMERINTAH

WAHAI ORANG TUA
PERJUANGAN KAMU MUNAFIK
ANAK MUDA DI JALANAN
KAMU BERSUKA RIA DI HOTEL TEPI JALAN
ANAK MUDA BERMATI-MATIAN
KAMU HANYA MELIHAT DARI TINGKAP
HANYA MENUNNGU MASA MENGAKU INI SEMUA PERJUANGAN KAMU

WAHAI ORANG TUA
JIKA KAMU MAHU BERJUANG
BERJUANG BERSAMA ORANG MUDA
JIKA KEZALIMAN YANG INGIN DITENTANG
MENENTANG LAH BERSAMA ORANG MUDA
JIKA KEADILAN YANG DITUNTUT
TUNTULAH BERSAMA ORANG MUDA

*dengan suara sebak dan sedih

WAHAI ORANG TUA
BERKORBANLAH SEPERTI AL-HUSSAIN
BERKORBANLAH SEPERTI PARA SYAHID DI PADANG KARBALA
AL-HUSSAIN BERJUANG BERSAMA KELUARGA
AL-HUSSAIN BERJUANG BERSAMA ORANG MUDA
AL-HUSSAIN SYAHID BERSAMA KELUARGA
AL-HUSSAIN SYAHID BERSAMA ORANG MUDA
INI LAH PERJUANGAN SEBENAR DEMI HAQ YANG HAKIKI

TAPI ORANG TUA
BUKAN KEBENARAN DI HATI KAMU
BUKAN....KAMU MUNAFIK..
INGAT ANAK MUDA..
KITA BUKAN BONEKA WIRELESS
NASIB NEGARA DI TANGAN KITA
BUKAN DI TANGAN ORANG TUA
SEMOGA ALLAH BERSAMA KITA

MARI SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK PEJUANG-PEJUANG YANG MATI SYAHID DI ZAMAN RASULULLAH

ikhlas dari anak muda, assalamualaikum.

sedar tidak sedar ketika itu ramai orang membanjiri kawasan kitorang dan yang paling membanggakan..Mat mendapat tepukan gemuruh..aku tengok ada yang menangis menghayati puisi Mat, ada yang termurung, ada yang tidak mengendah..macam-macam ragam tapi sambutan alhamdulillah positif..

aku pulang awal time tu cuz dapat emergency call..and aku balik rumah. Malam tu lepas solat maghrib aku cek facebook aku..ada orang tag gamba dekat aku...than aku tersenyum melihat gambar tu...tahniah Mat.

No comments:

Post a Comment